Friday, April 23, 2010

Perhatikan Marta & Maria. Yohanes 11:21&32

Shallom semua... saya berfikir dua perkara yang sama di dalam permintaan Marta dan Maria, tetapi Yesus Kristus hanya berkenan kepada permintaan Maria. Pastinya kita akan berfikir bahawa Yesus tidak adil didalam permintaan tersebut. Seimbas pembacaan kita, memang kita akan mengatakan Yesus itu pilih kasih. Manusia juga sedemikian rupa, suka menyalahkan dan memarahi Yesus. Mempersoalkan adakah Yesus Kristus itu wujud? Perhatikan dengan teliti permintaan ini. "sekiranya Engkau ada di sini, saudaraku pasti tidak mati". Marta dan Maria menyatakan hal yang sama, tetapi berbeza melalui cara ekpresi. Marta menyatakan perkara tersebut, tetapi dia tidak bersungguh-sungguh, kerana dia tahu adanya kebangkitan pada waktu akhir zaman. Sebelum Marta menyatakan perkataan tersebut, Yesus terlebih dahulu menyatakan nya. Tindakbalas dari Marta seolah-olah tidak memperdulikan perkataan Yesus itu. Kadang-kadang manusia meminta daripada Tuhan, tetapi mahukan diri sendiri yang memerintah. Kita tidak bersandar sepenuhnya kepada Tuhan, kita sering kali menggunakan akal budi kita untuk melakukan sesuatu. Kita manusia seringkali sombong dan tidak perlu Tuhan di dalam kehidupan kita. Sedih juga saya melihat keadaan manusia yang begini. Sikapnya seperti lebih tahu daripada Tuhan.
Bagaimana dengan tindakan Maria...sedang orang banyak menghiburkan dia, Maria bangkit mendapatkan Yesus. Yesus belum sampai ke kampung itu, tetapi Maria,pergi mendapatkan nya. Dia sangat perlukan Yesus Kristus, dia tersungkur. Perhatikan perbezaan ini. adakah Marta tersungkur mendapatkan Yesus? Bagaimana Maria? Maria tahu dalam Yesus sahaja, ada penghiburan,kebangkitan dan pengharapan. Maria tersungkur saudaraku. Yesus menangis melihat permintaan Maria. Yesus terharu dengan setiap permintaan umatnya, dan Yesus menjawab!!!. Tidak perlu tunggu hari esok Yesus menjawab, tidak perlu waktu kebangkitan Yesus menjawab doa kita, Tetapi sekarang ini Yesus menjawab Maria. Kita percaya kalau kita sungguh-sungguh dalam permintaan doa kita....Yesus menjawab saudara ku. Bagaimana saudara ku? Perlukah kalian semua hanya bersandarkan pengertian sendiri tanpa adanya Yesus Kristus? atau kalian menyerahkan pengertian serta hikmat kamu kepada Yesus Tuhan? Saudara ku yang dihormati di dalam nama Tuhan Yesus Kristus, ingat..Yesus hanya berkenan dengan permintaan doa yang beralaskan rendah hati dan sungguh-sungguh. Percayalah, Yesus tak pernah menghampakan, kerana Dialah penghibur,kebangkitan dan pengharapan kepada setiap umatnya yangg percaya. Amen.

Pr. Mbroze

Sunday, April 18, 2010

JFG


Shallom, kalau kita melihat sahaja tajuk ini, pasti kita akan berfikir bahawa ini tajuk yang agak ekstrem. kalau kita melihat secara rohani nya, pasti kita akan dapat tahu, apakah maksud nya seseorang itu yang di katakan Jesus Freak generation. secara ringkasnya setiap aspek kehidupan kerohanian kita dapat kita perluaskan dengan cara hidup yang di ajarkan oleh Yesus Kristus. Contoh nya: Kasih, Rendah Hati, hidup di dalam kesatuan dan sebagainya. Kasih Agape merupakan kasih yang tidak mengenal siapakah kamu dan kita, manusia, mempunyai nilai yang sama, walaupun kita tidak sama status. Manusia hanya memandang status, melalui kekayaan dan kehormatan, tetapi setelah kematian ianya kosong dan tak bererti sama sekali. Bagaimana status yang kategori di anggap hina, miskin? apakah nilai nya? di mata Yesus, manusia sama sahaja nilainya...Jadi oleh itu, cintai, gilai lah kasih Yesus, untuk kasih yang mendalam.